W.A.S.P
W.A.S.P
merupakan ringkasan dari bahasa Inggeris yang bermaksud “Women Awareness &
Self Protections Programs”, di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai
“Program Beladiri dan kesedaran keselamatan untuk wanita”.
Initiatif dan motivasi datang dari
kesedaran kerana semakin meningkatnya kejadian jenayah dan kekerasan yang
mensasarkan kaum Hawa. Berdiam diri tidak akan mengubah apa-apa. Tindakan
proaktif perlu agar dengan menyediakan program yang tersusun dan efektif akan
mempersiapkan wanita dari segi fizikal dan mental agar memiliki kekuatan untuk
berhadapan dengan situasi yang mengancam keselamatn diri dan memiliki
pengetahuan dan skill yang cukup untuk menyelamatkan diri.
Apakah perbezaan program WASP jika
dibandingkan dengan program Beladiri yang lain?
W.A.S.P direka khusus mengikut fitrah wanita itu
berdasarkan kekuatan fizikal,cara berpakaiaan dan suasana kehidupan dan
persekitaran dunia moden hari ini. Kaedah
beladiri yang diguna pakai di ekstrak dari SILAT yang merupakan
metodologi kombatif yang telah dikaji dan disusun agar dapat digunakan secara
efektif serta tidak melibatkan masa pembelajaran yang panjang. Sesuai di
praktikan oleh wanita yang tidak memiliki tahap kecergasan diri yang tinggi.
Semua wanita boleh mempelajarinya dan apa yang dipelajari adalah bekalan
sepanjang hayat.
W.A.S.P bukan program Beladiri
berbentuk tradisional yang mengambil masa yang panjang untuk dipelajari. Teknik
atau kaedah yang digunakan adalah di ekstrak dari aspek kombatif Seni Beladiri
Tradisi Melayu iaitu Silat itu sendiri.Peserta akan diajar bagaimana
menggunakan dan bila masa terbaik untuk mengaplikasikan teknik tempur.
Aspek Pukulan akan meliputi hampir
60% teknik dan kaedah beladiri. Teknik
kuncian hanya meliputi peratusan kecil dari keseluruhan modul beladiri W.A.S.P
. Konsep pukulan lebih efektif terutamanya bila berhadapan dengan lawan yang
memiliki fizikal yang lebih besar dari mangsa.
Bagaimana anda berlatih begitulah
anda berlawan! Jika fokus latihan sebagai contoh banyak tertumpu pada mengunci
penyerang. Jika berlaku situasi yang mana wanita perlu mempertahankan diri
secara teori mereka akan cuba
mengunci penyerang,pada hal hakikatnya sangat sukar untuk mengunci lawan yang
berfizikal lebih besar serta lebih dari seorang,kerana rata-rata wanita Asia memiliki fizikal yang kecil!
Sasaran program adalah wanita yang
terdiri dari Profesional,wanita berkerja termasuk juga golongan Surirumah yang
semakin terdedah dengan kejadian penderaan rumah tangga.
Program W.A.S.P di bahagikan kepada
dua kategori:
1.Program berbentuk Seminar.
Program berbentuk seminar adalah
Intensif, disusun untuk golongan wanita yang tidak memiliki kelapangan
disebabkan faktor kerjaya dan juga tanggunjawab sebagai surirumah tangga.
Mereka ynng berminat bolehlah mengikuti program yang telah ditetapkan waktu dan
masanya serta tidak meganggu komitmen mereka terhadap kerjaya dan rumahtangga.
2. Kelas Mingguan.
Kelas mingguan adalah mengikut waktu
dan masa yang telah ditetapkan. Sesuai untuk golongan wanita yang memiliki masa
dan ingin mempelajari ilmu beladiri untuk tujuan kecergasan fizikal serta
mempertajam dan memantapkan skil dan kemahiran beladiri yang di miliki.